Kem Motivasi Kem SHIELD

Sebelom ni aku memang gemar pegi kem motivasi .. ade yg aku ikut kem skolah rendah.. skolah agama dan yg terbaru ni skolah menengah lah kan iaitu pada tahun lepas.. kem yg aku pegi ni semua tu x sama ngan ape yg aku pegi yg terbaru ni.. cerita ni begini...



Di sekolah..
aku ade dengar yg cikgu mencari 4 orang pelajar sukarelawan untuk pergi kem motivasi anjuran AADK Johor.. tapi kali ni aku rase cam malas nak pegi kem ni .. so aku suruh lah kawan ii aku yg pegi.. sbb berdasarkan pengalaman aku pegi kem ni best.. ok dah cukup 4 orang.. sorang plak x jadi pegi sbb ade hal ii tertentu.. jadi, member aku yg x jadi pegi tu minx aku tukar ngan dia sebb dia dah suruh cikgu tulis nama aku.. nk x nk aku kene jugak lah pegi.. 

Imej yang berkaitan
kem ni diadakan di UITM pasir gudang selama 3 hari 2 malam. sesampai je kitaorang kat sana. kitaorang kene pergi ke bilik/dewan macam tu lah untuk pendaftaran.. lepastu.. kene buat spotcheck badan sbb takot bawak barang terlarang contohnya rokok kerr... dan seumpayanya... aku pun terkejut sbb x penah aku kene spotcheck time pegi kem motivasi... alhamdulillah aku ngan member aku x bawak bende ii yg terlarang sbb kitaorang memang x terjebak ngan bende ii tu.. lepas dah abis spotcheck tu.. baru lah member ii dari skolah lain sampai.. ohh lupe nk bagitahu .. kem ni campur ii ngan skolah lain.. ok kitaorang yg dah abis spotcheck duduk diam ii kat tepi sambil tengok member dari skolah lain pulak kene spotcheck.. uishh.. ramai jugak aku perati member ii dari skolah lain bawak rokok , daun terop yg paling rare ade yg bawak 'knuckle duster' .. barang ii dorang tu semua kene rampas.. N then, henfon ii ngan barang ii beharga kene serah pada abang yg jaga kat situ supaya tidak ade kes barang hilang.. pastu baru mula membuat aktiviti yg menarik seperti pembentukan kumpulan dan ' ice breaking ' .. Daripada sesi ice breaking tu kami mula mengenal satu sama lain....lepas tu pegi makan malam.. kami disediakan bilik khas untuk kami bermalam..

keesokan harinyerrr..
kami berkumpul lagi di dewan itu semula untuk sambung aktiviti ii seperti mencipta logo, sorakan kumpulan, dan nama kumpulan masing ii .. nama kumpulan aku JOKER .. ade nama kumpulan lain seperti hawkeyes, the hulk, the flash, captain america, wolverine dan doctor strange.. nama semua gempak ii .. haha.. lepas tu kitaorang pegi ke dalam bilik ala ala dalam cinema..  untuk mendengar ceramah tentang kesihatan.. selepas tu baru lah aktiviti yg selalu aku join time kat skolah iaitu explore race.. time ni lah kitaorang pusing ii satu uitm tu cari check point dia.. abis je explore race.. kitaorang kene bina menara yg paling tinggi menggunakan straw.. aku nye kumpulan x buat tinggi ii pon .. kitaorang mementingkan kestabilan sbb menara tu kene bertahan jangan sampai tumbang.. tinggi x tinggi pon dapat no 3 .. hahaha.. pastu game seterusnya ular membawa telur... aku mula ii tengok macam senang je main game tu.. rupe ii nyer susah . . game ni memerlukan kerjasama satu pasukan.. malam itu kami bermain game burung hantu pulak.. kene tutup mata dengan kain pastu kene follow orang depan.. time kat satu tempat tu.. kene asing ii pulak.. time dah duduk sorang ii tu lah mula orang kacau.. ade bunyi hantu lah.. tetibe bau wangi menusuk hidung ..ade yg main cuit ii lah.. n then.. sorang ahli kumpulan aku mula menjerit supaya ahli lain datang berkumpul dan mata still kene tutup ngan kain.. time dah nk berkumpul tu ade plak orang kacau main tarik ii supaya terkeluar daripada kumpulan.. memang best malam tu .. malam tu kitaorang tidur kepenatan .. hahaha

hari terakhir..
kitaorang trus berkumpul kat bilik yg ala ala cinema tu.. untuk majlis penutupan .. dalam majlis ni.. kami mendengar ucapan daripada wakil peserta, ucapan aluan oleh wakil Jabatan Pendidikan Negeri Johor, dan ucapan perasmian penutup oleh saudara Rahmat Mega.. lupe nak bagi tahu.. sepanjang 3 hari tu.. kumpulan masing ii akan diberi markah.. dan yg menjadi johan antara kumpulan adalah kumpulan JOKER iaitu kumpulan aku sendirii.. lepas dah habis majlis tu.. kitaorang keluar dari bilik dan mengambil semula henfon dan brang ii kami untuk pulang ke rumah.. mase tu semua tengah rushing sebb nk balik .. so x sempat aku ambik gambar sesama ngan minx nombor phone pe semua..



ni ade video sepanjang aku di kem SHIELD




Kumpulan Joker
ni lah member ii aku time aku kat sana.. kawan x sampai 3 hari tapi dah macam kawan baik dah.. sama ii naik.. lupa pulak nk minx id wechat ngan nombor phone.. huhu..

JOKER bukan team biase ii..

No comments: